Dalam masyarakat berbilang kaum,
perbezaan budaya, agama dan kepercayaan merupakan perkara yang tidak dapat
dielakkan. Namun begitu, kekurangan kefahaman terhadap perbezaan ini boleh
menyebabkan berlakunya salah faham dan konflik antara kaum. Oleh itu, usaha
untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat amat
penting.
Melalui
aktiviti kesukarelawan, individu berpeluang untuk berinteraksi secara langsung
dengan rakan daripada pelbagai kaum. Interaksi ini membolehkan mereka memahami
budaya, adat resam serta kepercayaan kaum lain dengan lebih mendalam. Secara
tidak langsung, ia dapat menghapuskan prasangka negatif serta membina persepsi
yang lebih positif terhadap kaum lain.
Selain
itu, aktiviti kesukarelawan juga dapat memupuk sikap toleransi dalam diri
individu. Mereka akan belajar untuk menerima perbezaan serta menghormati
pandangan orang lain. Sikap ini amat penting dalam memastikan keharmonian
masyarakat dapat dikekalkan.
Di
samping itu, pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti kesukarelawan juga
dapat membantu individu mengawal emosi dan menyelesaikan konflik secara matang.
Mereka akan lebih cenderung untuk berbincang dan mencari penyelesaian secara
bersama tanpa menimbulkan pertelingkahan.
Kesannya,
masyarakat akan menjadi lebih bersatu padu dan harmoni. Oleh itu, jelas bahawa
aktiviti kesukarelawan merupakan satu medium yang sangat berkesan dalam
meningkatkan kefahaman dan toleransi antara kaum serta mengurangkan konflik
dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment