Kesimpulannya,
penganjuran aktiviti kesukarelawan merupakan satu pendekatan yang sangat
efektif dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Melalui aktiviti ini,
semangat kerjasama dan integrasi sosial dapat diperkukuhkan, nilai etika dan
tanggungjawab sosial dapat diterapkan, serta kefahaman dan toleransi antara
kaum dapat ditingkatkan.
Walaupun
terdapat pelbagai cabaran seperti kekurangan penyertaan masyarakat dan kekangan
masa, usaha untuk menganjurkan aktiviti kesukarelawan perlu diteruskan secara
berterusan. Semua pihak termasuk institusi pendidikan, pihak kerajaan dan
masyarakat perlu bekerjasama dalam memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Akhir
sekali, perpaduan kaum merupakan asas kepada kestabilan dan kemajuan sesebuah
negara. Oleh itu, aktiviti kesukarelawan perlu dijadikan sebagai salah satu
medium utama dalam membina masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan beretika
demi kesejahteraan Malaysia pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment